ad
AGENSI

Beli barangan dapur di program jualan murah sebelum pulang kampung sambut Deepavali

30 Okt 2024, 8:30 AM
Beli barangan dapur di program jualan murah sebelum pulang kampung sambut Deepavali
Beli barangan dapur di program jualan murah sebelum pulang kampung sambut Deepavali
Beli barangan dapur di program jualan murah sebelum pulang kampung sambut Deepavali

PETALING JAYA, 30 OKT: Penduduk sekitar daerah ini memanfaatkan program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dataran Boulevard MBPJ hari ini dengan membeli barangan dapur bagi menyambut perayaan Deepavali.

N.Puvaneeswary,51, berkata beliau datang ke program jualan murah Bersama anak untuk membeli barangan dapur sebelum pulang ke kampung halaman di Hulu Selangor.

“Sebenarnya barangan dapur sudah cukup tetapi saya singgah sekejap di program ini untuk beli tambah beberapa keperluan seperti ayam untuk bawa balik ke kampung.

[caption id="attachment_670664" align="alignleft" width="345"] N.Puvaneeswary,51 pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Gasing sempena Depavali yang diadakan di Dataran Boulevard MBPJ pada 30 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Dengan adanya barangan asas ini dapat kami sekeluarga hidangkan pelbagai juadah lauk kepada tetamu yang hadir nanti,” katanya kepada Selangorkini.

Bagi A.Jeeva,54, beliau tidak kisah perlu menunggang motosikal untuk ke jualan murah kerana harganya berpatutan dan menjimatkan kos.

“Untuk Deepavali banyak gunakan duit, apabila ada jualan murah ini saya hanya RM70 sahaja berbanding di pasaran luar mungkin lebih RM100.

“Saya ada beli beberapa keperluan termasuk ayam dan minyak. Esok saya rancang untuk buat tiga jenis masakan kepada keluarga ayam masak kari, kicap dan sambal,” ujarnya.

Sementara itu, K.Thinagaran,41, pula berkata beliau datang ke program jualan sebelum jam 10 pagi bersama saudaranya bagi membeli keperluan dapur sebagai persiapan akhir Deepavali.

[caption id="attachment_670666" align="alignright" width="358"] K.Thinagaran,41 pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Gasing sempena Depavali yang diadakan di Dataran Boulevard MBPJ pada 30 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Program jualan ini banyak membantu jimatkan belanja dapur kerana wang itu boleh digunakan untuk beli keperluan Deepavali seperti baju dan kuih-muih.

“Saya berharap jualan ini dapat diteruskan dan tambah produk-produk lain seperti rempah ratus pada masa akan datang,” katanya.

Jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sempena perayaan Deepavali menjual enam barangan asas termasuk daging kambing RM12.

Barangan lain yang dibawa beras super special import 5kg (RM13), minyak masak 5kg (RM25), ayam (RM10 seekor) dan telur (RM10 sepapan).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.