ad
AGENDA

Dua lagi pengikut GISBH didakwa esok di Mahkamah Klang

29 Okt 2024, 3:00 PM
Dua lagi pengikut GISBH didakwa esok di Mahkamah Klang

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Dua lagi pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Klang, esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bagi kes pertama, wanita berusia 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Klang mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (Akta 670).

Beliau berkata arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 17 Okt dan suspek akan didakwa pukul 9 pagi esok.

“Seorang lagi wanita berusia 54 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

“Arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 15 Okt dan suspek akan didakwa jam 9 pagi esok,” katanya ketika dihubungi hari.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.