ad
SELANGOR

Sultan berkenan berangkat ke majlis makan malam alumni UPM

27 Okt 2024, 9:00 AM
Sultan berkenan berangkat ke majlis makan malam alumni UPM

SHAH ALAM, 27 OKT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan berangkat ke makan malam bersama alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada acara kali ke-12 itu disambut Naib Canselor UPM Dato’ Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

"Seramai 500 alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) hadir ke Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming ini.

"Baginda turut berkenan menyampaikan beberapa anugerah antaranya Apresiasi Alumni dan Anugerah Bakti Alumni," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.