ad
BERITA UTAMA

Lebih 8,000 meriahkan karnival Bandaraya Diraja Klang

27 Okt 2024, 1:03 AM
Lebih 8,000 meriahkan karnival Bandaraya Diraja Klang
Lebih 8,000 meriahkan karnival Bandaraya Diraja Klang
Lebih 8,000 meriahkan karnival Bandaraya Diraja Klang

KLANG, 27 OKT: Lebih 8,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Bandaraya Diraja Klang selama tiga hari sejak Jumaat lalu.

Program sempena setahun pengiktirafan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sebagai bandar raya berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, di sini.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata program itu memberi peluang kepada warga MBDK menyantuni penduduk Klang dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Penganjuran karnival ini dilihat dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja MBDK dan pengunjung.

“Alhamdulillah, karnival ini mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Bandaraya Diraja Klang semalam yang turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar Zary Affendi Mohd Arif.

[caption id="attachment_670172" align="alignnone" width="678"] EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi ketika merasmikan Karnival Bandaraya Diraja Klang 2024 di Kompleks Sukan Pandamaran Klang Selangor pada 26 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mohd Najwan turut mengucapkan tahniah kepada warga kerja MBDK yang menunjukkan usaha dan komitmen tinggi dengan membawa perubahan besar dalam tempoh singkat sejak diiktiraf bandar raya.

“Setahun Klang menjadi bandar raya, banyak projek fizikal berjaya dan sedang giat dilaksanakan MBDK.

"Syabas dan teruskan usaha ini selain mempertingkatkan kualiti perkhidmatan untuk kesejahteraan warga Klang,” katanya.

[caption id="attachment_670173" align="alignnone" width="676"] Orang ramai menyaksikan konsert pada Karnival Bandaraya Diraja Klang 2024 di Kompleks Sukan Pandamaran Klang Selangor pada 26 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Karnival berkenaan diisi dengan pelbagai acara menarik antaranya persembahan nyanyian beberapa penyanyi seperti Legenda Rock Awie, Hazama, Suki Low, Tajul dan Baby Shima.

Turut diadakan aktiviti zumba, aerodance, sukan tradisi, basikal tolak, pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen, pameran kereta dan motosikal.

Selain itu pertunjukan bunga api, pertandingan karaoke, aktiviti kitar semula dan berpuluh reruai makanan serta minuman.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.