ad
BERITA UTAMA

Lebih 5,000 banjiri Dataran Klang meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor

26 Okt 2024, 3:00 PM
Lebih 5,000 banjiri Dataran Klang meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor
Lebih 5,000 banjiri Dataran Klang meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor
Lebih 5,000 banjiri Dataran Klang meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor
Lebih 5,000 banjiri Dataran Klang meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor
Lebih 5,000 banjiri Dataran Klang meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor
Lebih 5,000 banjiri Dataran Klang meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor
Lebih 5,000 banjiri Dataran Klang meriahkan sambutan Deepavali peringkat Selangor

KLANG, 26 OKT: Lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum hadir meraikan sambutan perayaan Deepavali peringkat Selangor di Dataran Klang @ Padang Chetty di sini malam ini.

Dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar, majlis yang membuka tirainya sejak 6 petang tadi dimeriahkan dengan pelbagai pengisian antaranya persembahan kebudayaan dan sajian makanan tradisional masyarakat India.

Berucap merasmikan program itu, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penganjurannya melambangkan perpaduan, keharmonian dan muhibah antara kaum serta kebebasan menganuti agama masing-masing.

[caption id="attachment_670141" align="aligncenter" width="755"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap dalam majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Seperti lazimnya di negara kita, apabila tiba sesuatu perayaan bagi sesuatu kaum, seluruh masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya akan turut sama meraikan dalam suasana yang meriah dan penuh dengan semangat muhibbah.

“Kemeriahan sambutan Deepavali peringkat negeri pada malam ini dapat dilihat dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

[caption id="attachment_670138" align="aligncenter" width="813"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad hadir dalam majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin turut menyeru seluruh rakyat Selangor untuk bersama-sama menabur bakti ke arah kemajuan di negeri dan negara.

“Marilah kita bersama-sama menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Nilai murni ditekankan dalam setiap agama dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengamalkan dan mempertahankannya demi keharmornian, kemakmuran dan kemajuan negeri dan negara,” katanya.

[caption id="attachment_670140" align="alignnone" width="839"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Negeri Selangor dalam majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, pada majlis itu Amirudin turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 300 kanak-kanak selain penyerahan cek cura bantuan yuran pengajian ke institusi pengajian tinggi dan bantuan penyelenggaraan sekolah Tamil.

Selain itu turut disampaikan cek cura bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (Iseed) kepada 15 orang usahawan dengan peruntukan melebihi RM100,000.

[caption id="attachment_670148" align="aligncenter" width="777"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak selepas majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_670147" align="aligncenter" width="767"] Aneka juadah disajikan kepada pengunjung majlis sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_670145" align="aligncenter" width="812"] Orang ramai hadir dalam majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.