ad
BERITA UTAMA

MB: Laporan penuh tanah runtuh Taman Melawati diperoleh minggu depan

26 Okt 2024, 9:02 AM
MB: Laporan penuh tanah runtuh Taman Melawati diperoleh minggu depan
MB: Laporan penuh tanah runtuh Taman Melawati diperoleh minggu depan
MB: Laporan penuh tanah runtuh Taman Melawati diperoleh minggu depan

SHAH ALAM, 26 OKT: Laporan penuh kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya dijangka diperoleh selepas dibentangkan dalam Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) minggu depan.

Dato' Menteri Besar berkata kajian awal dibuat dan mendapati tempat itu selamat didiami dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil beberapa langkah susulan.

"Tanah tersebut merupakan milik peribadi dan sebarang pemulihan harus dilakukan pemilik. Kita akan dapatkan laporan penuh dalam MTES minggu hadapan atau selewatnya dua minggu lagi.

"Selepas itu langkah susulan lebih konkrit akan dibuat oleh Kerajaan Negeri," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Fiqh Ta'ayush :Hidup Damai dalam Komuniti Asean yang dianjurkan sempena Muktamar Nasional Kali Ke-9 Wadah di sini, hari ini.

[caption id="attachment_668346" align="aligncenter" width="763"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat pelan kawasan kejadian bencana tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya pada 16 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 15 Oktober, penghuni 20 rumah berhampiran Jalan E6, Taman Melawati, dekat Ampang diarah berpindah sebagai langkah berwaspada susulan kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat.

23 mangsa dari tujuh keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Jalan E5 dan selebihnya memilih tinggal bersama keluarga lain.

[caption id="attachment_668347" align="aligncenter" width="788"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya pada 16 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 17 Oktober, semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat persetujuan semua agensi terlibat dalam kerja pembaikan tanah runtuh namun dinasihatkan supaya berwaspada.

Berikutan itu, bagi mengelak kejadian sama berulang, MPAJ memasang penghadang sementara di sekitar lereng bukit berlakunya tanah runtuh itu.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.