ad
AGENDA

Warga emas disyaki dibunuh ditemukan depan pintu masuk pasar raya di Klebang

26 Okt 2024, 8:00 AM
Warga emas disyaki dibunuh ditemukan depan pintu masuk pasar raya di Klebang

IPOH, 26 OKT: Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat warga tempatan berusia 64 tahun itu pada pukul 6.13 petang daripada orang awam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu ditemukan dalam keadaan terbaring, tanpa kesan kecederaan di tubuhnya dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata susulan itu seorang wanita tempatan berumur 24 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan dan perintah reman diperoleh selama seminggu ke atas suspek bermula hari ini.

“Wanita itu tiada rekod jenayah dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca serta suspek lain dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, ASP Sukjit Singh di talian 019-550 5536 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.