ad
AGENDA

Lapan cedera kemalangan tiga kenderaan di Sekinchan

26 Okt 2024, 5:28 AM
Lapan cedera kemalangan tiga kenderaan di Sekinchan

SHAH ALAM, 26 OKT: Lapan individu cedera dengan dua daripadanya tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Selangor- Teluk Intan, Sekinchan pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima laporan melibatkan dua lori dan satu kereta itu kira-kira 2.21 pagi tadi.

Beliau berkata susulan itu sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bersama sebuah jentera dan EMRS dikejarkan ke lokasi.

"Enam mangsa dikeluarkan orang awam dan mengalami cedera ringan manakala dua lagi mangsa warga tempatan yang tersepit masing-masing cedera di bahagian kaki," katanya dalam kenyataan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.