ad
BERITA UTAMA

Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan

26 Okt 2024, 4:05 AM
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan
Dunia riang si bulus bela nasib kucing jalanan

Kewujudan taman kucing di negeri ini membuktikan kesungguhan pelbagai pihak menangani isu populasi haiwan comel terbiar yang lebih manja dipanggil si bulus itu.

Pembukaan Taman Kucing Cyberjaya, Sepang dan Taman Kucing Klang, Klang yang dirasmikan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor pada 18 Mac 2023 dan 18 Ogos lalu bagi merealisasikan tujuan berkenaan.

Usaha murni tersebut selari dengan saranan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bagi membela nasib kucing jalanan.

Kedua-dua taman itu yang dikendalikan Majlis Bandaraya Diraja Klang dan Majlis Perbandaran Sepang mampu menampung kira-kira 200 ekor kucing terbiar dalam satu-satu masa.

Manakala Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam kendalian Majlis Bandaraya Shah Alam, dibuka khas untuk pemilik kucing membawa si bulus beriadah dalam taman.

Jurufoto REMY ARIFIN, NUR ADIBAH AHMAD IZAM dan FIKRI YUSOF merakam sebahagian aktiviti melibatkan orang ramai dan haiwan kesayangan itu di tiga taman berkenaan. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

[caption id="attachment_670012" align="alignnone" width="893"] Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ditemani Datuk Bandar Klang Datin Paduka Noraini Roslan memberi makan kucing dipamer ketika perasmian Taman Kucing Klang di Bandar Bukit Raja, Klang pada 18 Ogos 2024[/caption]

[caption id="attachment_670013" align="alignnone" width="819"] Seorang remaja lelaki membantu kucingnya melintasi gegelung besi, salah satu permainan khas disedia untuk si comel di Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam pada 7 Julai 2024[/caption]

[caption id="attachment_670014" align="alignnone" width="809"] Tiga pemilik kucing membawa peliharaan masing-masing sempena majlis prapelancaran Taman Rekreasi Kucing Catopia Shah Alam pada 4 Julai 2024[/caption]

[caption id="attachment_670015" align="alignnone" width="808"] Hana Zulahmad, 36, dan anaknya meluangkan masa bersama kucing mereka di taman kucing Shah Alam pada 7 Julai 2024. Lokasi rekreasi itu dibuka percuma hingga hujung tahun ini[/caption]

[caption id="attachment_670016" align="alignnone" width="898"] Diyana Abdul Latif bergambar dengan dua kucing jalanan pada 18 Ogos 2024. Haiwan itu diselamat dan ditempatkan dalam taman kucing Klang yang dibina Sime Darby Property Berhad[/caption]

[caption id="attachment_670017" align="alignnone" width="835"] Dua kanak-kanak bermain dengan si comel dalam bilik khas di Taman Tasik Cyberjaya pada 18 Mac 2023. Ia taman kucing pertama kendalian pihak berkuasa tempatan Selangor[/caption]

[caption id="attachment_670018" align="alignnone" width="806"] Comel, si bulus memakai tanjak ketika pertandingan kucing berhias sempena pembukaan Taman Kucing Klang di Bandar Bukit Raja pada 18 Ogos 2024[/caption]

[caption id="attachment_670019" align="alignnone" width="794"] Seorang wanita membawa kucingnya menggunakan troli khas ke kawasan permainan disedia MBSA pada 4 Julai 2024. Taman itu dibuka dari 10 pagi hingga 7 petang[/caption]

[caption id="attachment_670020" align="alignnone" width="872"] Kucing jalanan di Klang diberi makan mengikut jadual pada 18 Ogos 2024. Selain itu, ada bilik khas menempatkan kucing sakit dan tempat perkuburan[/caption]

[caption id="attachment_670021" align="alignnone" width="838"] Kakitangan VMO Resources membersihkan bekas najis haiwan di Taman Kucing Cyberjaya Sepang pada 3 Oktober 2024, ia sebahagian aktiviti tanggungjawab sosial korporat. Facebook Taman Kucing Cyberjaya Sepang[/caption]

[caption id="attachment_670022" align="alignnone" width="818"] Dua pengunjung bergambar dengan kucing dinamakan Cafe dan Otomen pada 9 Oktober 2024, kedua-duanya dijadikan kucing angkat setelah dijaga baik di Cyberjaya, Sepang. Facebook Taman Kucing Cyberjaya Sepang[/caption]

[caption id="attachment_670023" align="alignnone" width="844"] Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia membuat pemantauan di Taman Kucing Klang, Bandar Bukit Raja pada 12 September 2024. Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.