ad
AGENDA

Dua beradik tujuh, sembilan tahun ditemukan lemas terjatuh parit

26 Okt 2024, 3:39 AM
Dua beradik tujuh, sembilan tahun ditemukan lemas terjatuh parit

SHAH ALAM, 26 OKT: Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azharudin Tajuddin berkata kehilangan kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun itu disedari keluarga kira-kira 6.50 petang sebelum dijumpai bapa mereka tiga jam kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.