ad
AGENSI

LUAS jalankan siasatan susulan penemuan air warna biru di Beranang

25 Okt 2024, 6:00 AM
LUAS jalankan siasatan susulan penemuan air warna biru di Beranang
LUAS jalankan siasatan susulan penemuan air warna biru di Beranang
LUAS jalankan siasatan susulan penemuan air warna biru di Beranang

SHAH ALAM, 25 OKT: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan susulan penemuan aliran air berwarna biru di saliran longkang Kawasan Perindustrian Mahkota di Beranang, malam tadi.

LUAS memaklumkan, pihaknya ke lokasi kejadian jam 10 malam dan melakukan pemeriksaan di Sungai Kabul dan Sungai Beranang bagi memastikan aliran air tersebut tidak memasuki dua sungai terbabit.

“Pemerhatian lanjut LUAS di Sungai Kabul dan Sungai Beranang mendapati tiada aliran warna biru dikesan dan bacaan bau di kedua-dua sungai adalah normal.

[caption id="attachment_669904" align="alignright" width="325"] Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan susulan penemuan aliran air berwarna biru di saliran longkang Kawasan Perindustrian Mahkota di Beranang pada 25 Oktober 2024. Foto Facebook LUAS[/caption]

“Bagaimanapun, LUAS melaksanakan langkah pencegahan awal dengan meletakkan 2 beg Activated Carbon (AC) di kawasan longkang dan mengaktifkan pemantauan statik di Sungai Kabul,” katanya menerusi Facebook.

Menurut LUAS, operasi siasatan dan tindakan bersepadu dilaksanakan hari ini bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Jelasnya, pemantauan yang dilaksana sejak semalam mendapati keadaan sungai adalah terkawal selain tiada aliran tercemar serta bau kurang menyenangkan dikesan.

“LUAS bersama pihak terlibat sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca aliran tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bidang kuasa agensi,” katanya.

[caption id="attachment_669905" align="aligncenter" width="600"] Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan susulan penemuan aliran air berwarna biru di saliran longkang Kawasan Perindustrian Mahkota di Beranang pada 25 Oktober 2024. Foto Facebook LUAS[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.