ad
AGENSI

Mais pulihkan akhlak 253 pelatih wanita terlibat gejala sosial sejak 2019

25 Okt 2024, 3:04 AM
Mais pulihkan akhlak 253 pelatih wanita terlibat gejala sosial sejak 2019
Mais pulihkan akhlak 253 pelatih wanita terlibat gejala sosial sejak 2019

SHAH ALAM, 25 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melalui Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan memulihkan seramai 253 pelatih dalam tempoh lima tahun sejak 2019.

Agensi itu berkata pencapaian tersebut menunjukkan komitmen pihaknya menghasilkan insan yang baik daripada segi akhlak rohani dan berkualiti dalam mendepani cabaran kehidupan.

Jelasnya, pelbagai program dirancang setiap tahun untuk pelatih terlibat dengan gejala sosial dan akidah bagi melancarkan proses pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan serta kawalan.

"Mais berharap masyarakat di luar sana turut memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka yang berjaya dipulihkan agar istiqamah berubah ke arah lebih baik untuk kekal di jalan benar.

[caption id="attachment_669867" align="aligncenter" width="811"] Timbalan Setiausaha (Operasi) Mais Norzaihan Mohd Zain menyampaikan Anugerah Pelajaran Terbaik kepada pelatih Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan pada Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan 2024 di pusat berkenaan di Sabak Bernam pada 24 Oktober 2024. Foto/Facebook Majlis Agama Islam Selangor[/caption]

"Begitu juga mereka yang dikenal pasti mempunyai masalah sosial dan ingin berubah, bolehlah berhubung terus dengan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Mais," katanya dalam kenyataan.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam menempatkan wanita yang terlibat gejala sosial dan akidah yang memerlukan bimbingan bagi proses pemulihan rohani dan jasmani.

Semalam, seramai 22 pelatih menerima Anugerah Khas Baitul Ehsan, Anugerah Disiplin Terbaik, Anugerah Sahsiah & Kepimpinan, Anugerah Ketua Pelatih Terbaik dan Anugerah Pelajaran Terbaik.

Anugerah sempena Majlis Apresiasi Pelatih Baitul Ehsan 2024 disempurnakan Timbalan Setiausaha (Operasi) Mais Norzaihan Mohd Zain turut memberi penghargaan kepada 24 guru yang membimbing.

Mais turut memiliki Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Pusat Pemulihan Dadah Baitul Islah serta 26 rumah pemulihan riqab (RPR) bagi membantu pemulihan mereka yang mengalami masalah sosial.

 

Kapsyen Foto 1

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.