ad
AGENDA

FIFA: Argentina kekal di tangga teratas, diikuti Perancis, Sepanyol

25 Okt 2024, 2:53 AM
FIFA: Argentina kekal di tangga teratas, diikuti Perancis, Sepanyol
FIFA: Argentina kekal di tangga teratas, diikuti Perancis, Sepanyol

BERLIN, 25 OKT: Juara dunia Argentina kekal di tangga teratas dalam ranking bola sepak lelaki terbaru yang dikeluarkan oleh badan induk FIFA pada Khamis, manakala Jerman semakin menghampiri untuk kembali ke kelompok 10 teratas, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Argentina mendahului, namun Perancis di tempat kedua dan juara Euro 2024, Sepanyol, semakin hampir apabila mereka memenangi dua perlawanan Liga Negara-Negara, manakala Argentina hanya seri dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Walaupun 10 pasukan teratas kekal tidak berubah, Portugal naik satu tangga ke tempat ketujuh dan Itali naik ke tempat kesembilan, mengatasi Belanda dan Colombia.

Jerman pula naik dua tangga ke tempat ke-11 selepas dua kemenangan terbaru mereka dalam Liga Negara-Negara, selepas memulakan tahun ini di tempat ke-16.

-- BERNAMA-XINHUA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.