ad
ADN

Naik taraf saliran selesaikan isu banjir kilat tiga dekad di DUN Teratai

24 Okt 2024, 7:00 AM
Naik taraf saliran selesaikan isu banjir kilat tiga dekad di DUN Teratai

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 24 OKT: Isu banjir kilat yang berlarutan hampir 30 tahun di Taman Muda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai selesai selepas sistem saliran dinaik taraf.

Wakil rakyatnya Yew Jia Haur berkata inisiatif itu adalah sebahagian manifestonya di DUN tersebut dalam pilihan raya negeri tahun lalu.

"Walaupun isu banjir masih berlaku tetapi kes dapat dikurangkan selepas saya meminta Majlis Perbandaran Ampang Jaya naik taraf sistem saliran babit kos lebih kurang RM3 juta," katanya.

Jia Haur berkata kerja naik taraf sistem saliran turut dijalankan di Kampung Tasik Permai membabitkan kos sekitar RM18 juta yang diteliti Jabatan Pengairan dan Saliran.

"Dengan adanya kerja-kerja sebegini, kita akan dapat selesaikan banyak masalah banjir," katanya lagi.

Bercakap dalam program Apa Cer YB Musim 2 yang disiarkan secara langsung semalam di Tik Tok SelangorTV, Jia Haur berkata, tumpuan lain turut diberikan kepada penyelesaian isu cerun dan trafik.

Siaran ulangan program tersebut boleh ditonton pada 8.30 malam ini di semua platform Media Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.