SHAH ALAM, 23 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntuk RM3.9 juta bagi melaksana kerja menaik taraf kemudahan rekreasi dan laluan pejalan kaki pada tahun hadapan.
Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata MBPJ tekad memastikan kemudahan yang disediakan merangsang gaya hidup sihat dan integrasi sosial buat penduduk bandar raya itu.
[caption id="attachment_669544" align="aligncenter" width="815"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon ketika Mesyuarat Majlis Khas (Bajet 2025) Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Bangunan Annex, Ibu Pejabat MBPJ pada 22 Oktober 2024. Foto Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya[/caption]
“MBPJ memandang serius terhadap kemudahan rekreasi dan sukan di Petaling Jaya yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.
“Kerja menaik taraf kemudahan rekreasi, laluan pejalan kaki dan sistem saliran tertumpu di lapan kawasan lapang dan dua padang sukan,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Khas (Bajet 2025) MBPJ di Ibu Pejabat MBPJ, semalam.
Mohamad Zahri turut memberitahu pihak berkuasa tempat itu giat menaik naik taraf beberapa jalan antaranya termasuklah Jalan BU 4/1, Jalan Cecawi 6/19C, Jalan PJU 3/18B dan Jalan SS 23/7 selain padang sukan pula akan dibuat di Jalan SS 2/50 dan Jalan SS 20/5.