SHAH ALAM, 23 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyambut baik peruntukan segera RM150 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diumum pada Belanjawan 2025, baru-baru ini.
Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim pihaknya akan memanfaatkan dana berkenaan bagi menampung kos menaik taraf sistem saliran yang sememangnya menelan belanja yang tinggi.
[caption id="attachment_669475" align="aligncenter" width="786"] Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
“Dengan adanya dana segera ini, kita dapat memfokuskan isu banjir seperti kerja-kerja naik taraf dan baik pulih beberapa sistem saliran di kawasan yang dikenal pasti berisiko bah.
“PBT memang memerlukan peruntukan tambahan kerana penyelenggaraan sistem ini menggunakan perbelanjaan tinggi,” katanya pada program serahan sumbangan Deepavali di Dewan Bunga Kertas,TTDI Jaya di sini, semalam.
[caption id="attachment_669476" align="aligncenter" width="812"] Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Mohd Fauzi Mohd Yatim (tengah) bergambar bersama penerima Sumbangan Prihatin Sempena Deepavali 2024 di Dewan Bunga Kertas, TTDI Jaya, Shah Alam pada 22 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu mengumumkan penyaluran segera RM150 juta kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk kerja pembersihan saliran dan mendalamkan sungai di bandar yang terkesan banjir.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan hampir RM600 juta turut disediakan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai persiapan mendepani musibah banjir termasuk lebih RM 300 juta yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.