ad
AGENSI

Hutan simpan, taman eko di Selangor ditutup hingga Januari 2025

22 Okt 2024, 8:35 AM
Hutan simpan, taman eko di Selangor ditutup hingga Januari 2025
Hutan simpan, taman eko di Selangor ditutup hingga Januari 2025

SHAH ALAM, 22 OKT: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November hingga akhir Januari 2025.

Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Azhar Ahmad berkata penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini kepada pengunjung susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal bulan depan.

[caption id="attachment_615312" align="alignleft" width="424"] Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Azhar Ahmad bercakap kepada Media Selangor selepas program penanaman 2,000 anak pokok oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan kerjasama JPNS di Hutan Simpan Ulu Gombak Kemensah, Ampang Jaya pada 25 November 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"JPNS akan menutup sementara semua aktiviti rekreasi di dalam hutan simpanan kekal di Selangor hingga 31 Januari 2025 bagi menghadapi musim MTL," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JPNS hari ini.

Antara Taman Eko Rimba di Selangor ialah Rimba Gabai, Gunung Nuang, Rimba Kanching, Sungai Chongkak, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Sungai Tua, Ampang, Komanwel, Kota Damansara dan Templer.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata pihaknya meramalkan MTL berlaku pada awal bulan depan berdasarkan faktor klimatologi.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.