ad
AGENSI

Muzakarah teliti hukum solat tanpa pakaian tutup aurat dalam telekung

22 Okt 2024, 6:56 AM
Muzakarah teliti hukum solat tanpa pakaian tutup aurat dalam telekung
Muzakarah teliti hukum solat tanpa pakaian tutup aurat dalam telekung

SHAH ALAM, 22 OKT: Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan muzakarah pakar dalam masa terdekat bagi meneliti secara terperinci hukum solat dengan pemakaian telekung kebiasaan wanita Melayu.

Mufti Selangor Dato' Dr Anhar Opir memaklumkan pihaknya menerima pelbagai maklum balas dan cadangan berhubung isu berkenaan yang disiar menerusi laman sosial pada 18 Oktober lalu.

“Jabatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang sangat prihatin dalam memberikan pandangan, cadangan serta maklum balas terhadap artikel bertajuk Penjelasan Hukum Solat Dengan Pemakaian Telekung Kebiasaan Wanita Melayu.

“Sebagai tindakan susulan, saya telah meminta Bahagian Fatwa mengadakan muzakarah pakar dalam masa terdekat bagi meneliti dan membahaskan secara terperinci akan isu ini.

“Hasil daripada muzakarah ini nanti akan dikongsikan kepada masyarakat, Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, Jabatan Mufti Negeri memaparkan infografik penerangan hukum solat dengan pemakaian telekung yang memaklumkan muslimah perlu menutup aurat dalam telekung bagi memastikan solat sah.

Tambahnya, aurat yang dapat dilihat dari arah bawah telekung tidak termasuk dalam kategori aurat dimaafkan dan solat yang dilaksana dalam keadaan tidak mengetahui hukum itu tidak perlu diganti.

Sebelum ini, tular di media sosial menyatakan pakaian solat wanita jenis telekung dan kain tidak mencukupi untuk menutup aurat dengan sempurna.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.