SHAH ALAM, 22 OKT: Konsert Rentak Selangor 2024 anjuran Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri Ahad ini menawarkan hadiah cabutan bertuah motosikal skuter bernilai lebih RM6,000.
Menurut Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, program bermula jam 8 malam di Auditorium MBSA, di sini turut menawarkan dua televisyen kepada pengunjung bertuah.
“Jom sama-sama hadir memeriahkan Konsert Rentak Selangor 2024. Masuk adalah percuma. Anda berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa motosikal skuter jenama Benelli Panarea,” katanya.
Penonton bakal dihiburkan dengan lagu yang mengimbau kenangan daripada lagenda artis rock 80–an seperti Datuk Jamal Abdillah, kumpulan Samudera dan Francissca Peter.
Selain persembahan konsert, program yang bermula jam 10 pagi turut menawarkan pelbagai aktiviti seperti pasar karat, kedai kopi, kedai peralatan muzik vintage, kedai runcit era 80-an dan sebagainya.
Pendaftaran masuk ke konsert boleh dibuat menerusi pautan https://mydaftar.com/rentak-selangor/form.html
[caption id="attachment_669399" align="aligncenter" width="834"] Konsert Rentak Selangor 2024 anjuran Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Negeri pada 27 Oktober 2024 menawarkan hadiah cabutan bertuah skuter dan dua televisyen. Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor[/caption]