SHAH ALAM, 21 OKT: Sejumlah RM10 juta diperuntuk bagi pengukuhan ban di Tanjong Karang dan Kuala Langat, kata EXCO infrastruktur.
Ir Izham Hashim berkata bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri akan menggunakan kaedah binaan 'schematic precast system' (SPS) yang lebih kukuh.
[caption id="attachment_669266" align="aligncenter" width="776"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bercakap kepada media pada Majlis Penyerahan Bantuan 5 Tekad 5 Tahun Kerajaan Selangor di Auditorium, Dewan Jubli Perak di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 21 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
"Selangor mempunyai ban sungai sepanjang 700 km dan pesisir pantai pula dianggarkan 300 km. Untuk buat pengukuhan di seluruh ban mustahil kerana kosnya agak tinggi, sebab itu kita kenal pasti ban yang sering rebak untuk digantikan dengan lebih kukuh.
"Untuk permulaan peruntukan RM10 juta telah diluluskan dan gunakan SPS yang lebih cepat, murah dan kukuh. Kedua-dua lokasi ini akan jadi projek rintis dan bakal sistem ini bakal diperluas di kawasan lain," katanya.
Beliau ditemui pada majlis serahan wang tunai dan input peralatan bernilai RM1,000 kepada 500 petani dan nelayan di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.
[caption id="attachment_669267" align="aligncenter" width="810"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bergambar bersama penerima bantuan 5 Tekad 5 Tahun Kerajaan Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 21 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Minggu lalu, limpahan air dari Sungai Bernam akibat ban pecah menjejaskan tiga buah kampung di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Izham berkata isu berkaitan penyelenggaraan cerun di seluruh negeri ini akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor minggu depan untuk diangkat sebagai dasar.
"Baru-baru ini kita adakan mesyuarat jawatankuasa bersama Jabatan Mineral dan Geosains dan pihak berkuasa tempatan terlibat. Pembentangan tatacara operasi piawai pengurusan cerun minggu depan.
"Kita kena ingat, kebanyakan cerun ini umpama bom jangka yang tidak tunjukkan tanda seperti kejadian di Batang Kali yang secara tiba-tiba runtuh disebabkan kegagalan di kaki cerun," katanya.
[caption id="attachment_666224" align="aligncenter" width="814"] EXCO Infrastruktur Izham Hashim meninjau kerja membaik pulih cerun di Jalan Genting Peras, Hulu Langat pada 3 Oktober 2024. Foto ELYANA NATASHA MOHD ZAIDI/MEDIA SELANGOR[/caption]