ad
BERITA UTAMA

500 petani, nelayan Selangor terima bantuan RM1,000

21 Okt 2024, 9:00 AM
500 petani, nelayan Selangor terima bantuan RM1,000
500 petani, nelayan Selangor terima bantuan RM1,000
500 petani, nelayan Selangor terima bantuan RM1,000
500 petani, nelayan Selangor terima bantuan RM1,000

SHAH ALAM, 21 OKT: Kerajaan Negeri menunaikan satu lagi tawaran Tekad Kita Selangor dengan pemberian insentif RM1,000 kepada 500 petani dan nelayan berbentuk wang tunai dan input peralatan.

Insentif keseluruhan berjumlah RM500,000 yang disampaikan EXCO Pertanian Ir Izham Hashim diberikan kepada pengusaha tanaman, ternakan, akuakultur, nelayan dan industri asas tani.

Izham ketika ditemui berkata insentif itu bertujuan memberi suntikan semangat dan dorongan untuk golongan tersebut meningkatkan produktiviti dalam bidang masing-masing.

"Kita telah mengenal pasti setiap penerima daripada jabatan masing-masing dan mereka memulakan pertanian dan ternakan sejak beberapa tahun.

"Bantuan diberikan berbentuk wang tunai RM500 dan selebihnya alat keperluan. Contohnya yang mengusahakan tanaman mendapat baja, nelayan kita beri jaring dan ternakan pula makanan serta agrokultur kit ujian air," katanya pada majlis serahan bantuan di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Selain petani dan nelayan, Tekad Kita Selangor turut merangkumi insentif RM1,000 bagi penjagaan anak (Mama Kerja) yang bakal memanfaatkan 5,000 wanita seluruh negeri.

Selain itu, pengecualian cukai taksiran 426,656 rumah kos rendah dan kampung untuk penggal kedua tahun ini melibatkan implikasi kewangan RM29.415 juta.

Tawaran lain, bayaran kepada 760 imam ditingkatkan sebanyak RM200 kepada RM1,500 manakala elaun bagi 1,900 nazir, bilal, dan siak juga dinaikkan RM50 sebulan kepada RM300 (nazir), RM340 (bilal) serta RM290 (siak).

[caption id="attachment_669272" align="alignleft" width="386"] Rosman Harun[/caption]

Selain itu, bantuan e-baucar mahasiswa buku Kita Selangor yang disediakan memanfaatkan 1,000 mahasiswa dengan peruntukan keseluruhan RM200,000.

Salah seorang penerima insentif, Rosman Harun, 56, yang mengusahakan ternakan ikan keli sejak dua tahun lalu berkata beliau berhasrat untuk menambah kolam ternakan menggunakan bantuan diterima.

"Setakat ini, pengeluaran bulanan mencecah 10,000 ekor dengan adanya enam kolam ikan keli yang diusahakan di belakang rumah.

[caption id="attachment_669273" align="alignright" width="385"] Anuar Che Seman dan isteri, Norasikin Mohd Israq[/caption]

"Saya merancang untuk bina dua lagi kolam ternakan yang lebih besar sekali gus penambahan kepada 20,000 ikan keli setiap bulan," katanya.

Pasangan suami isteri, Anuar Che Seman, 44, dan Norasikin Mohd Israq, 40, yang mengusahakan perniagaan nurseri menyatakan rasa kesyukuran selepas diberi peluang menerima insentif tersebut.

"Kami buka perniagaan Nua Janggut Nursery di sebelah rumah di Batu 18, Hulu Langat selepas Covid-19. Ketika itu, hanya ada 50 pokok sayuran sahaja tetapi kini terdapat puluhan ribu termasuk buah-buahan.

[caption id="attachment_669276" align="alignleft" width="391"] K Mahendran[/caption]

"Dengan adanya insentif ini, dapat kami perbesarkan perniagaan supaya lebih selesa kepada orang ramai yang datang," jelasnya.

Penternak ruminan, K Mahendran, 36, pula berkata beliau mahu memanfaatkan insentif diterima dengan membaiki kandang lembu yang diusahakan sejak 10 tahun di Sri Muda.

"Sebelum ini saya ada buat pembaikan kandang tetapi belum selesai kerana masalah kewangan. Apabila menerima bantuan ini, dapat saya selesaikannya bagi memudahkan proses memerah susu," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.