ad
AGENDA

Polis siasat bunyi letupan, gegaran di Ipoh pagi tadi

21 Okt 2024, 8:30 AM
Polis siasat bunyi letupan, gegaran di Ipoh pagi tadi

IPOH, 21 OKT: Polis sedang menyiasat bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di sekitar Ipoh pada 11.06 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini manakala semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan dijalankan di kuari sebelum 12 tengah hari.

Beliau berkata hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mendapati Malaysia khususnya di Ipoh tidak terkesan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada 11.24 pagi tadi.

"Pihak polis sedang menyiasat mengenai insiden ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata orang ramai diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu hingga mencetuskan kegusaran awam.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.