ad
AGENSI

Selangor ke arah ubah sisa pepejal kepada tenaga, lestarikan alam sekitar

21 Okt 2024, 7:05 AM
Selangor ke arah ubah sisa pepejal kepada tenaga, lestarikan alam sekitar

SHAH ALAM, 21 OKT: Pengurusan bahan buangan negeri ini perlu berubah ke arah sistem sisa pepejal kepada tenaga (WTE) seperti dilaksana Eropah, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Selain menghapuskan barangan terpakai dan menjaga kelestarian alam sekitar, beliau menjelaskan langkah tersebut juga dapat meningkatkan penyelidikan dan pembangunan sektor swasta.

“Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di seluruh negeri.

“Kaedah semasa yang bergantung kepada tapak pelupusan sampah untuk menguruskan sisa pepejal tidak lagi mampan dan boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Polisi dan Amalan Penggunaan dan Pengeluaran Mampan (SCP) Asean: Menyambut 12 Tahun Kerjasama SCP Jerman-Asia Tenggara, di sini hari ini.

Tahun lalu, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri aktif meneroka industri tenaga sebagai usaha memacu ekonomi, seiring usaha mampan melestarikan alam sekitar.

Usaha dilakukan ialah pembinaan loji jana kuasa di Pulau Indah, Klang; stesen mini hidroelektrik di Batang Kali, Hulu Selangor serta pembinaan loji WTE di Jeram, Kuala Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.