GOMBAK, 20 OKT: Sebanyak 6,035 bantuan kotak makanan asas diagihkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) kepada keluarga kurang berkemampuan sejak 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata penyerahan sumbangan menerusi program Box of Hope merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.
[caption id="attachment_669164" align="aligncenter" width="800"] Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Afam Saffian Ghazali[/caption]
“Program Box of Hope yang dimulakan pada 2020 ketika pandemik Covid-19 merupakan sebahagian daripada inisiatif CSR kami yang dinamakan Sesama Mara.
“Sesama Mara merupakan inisiatif akar umbi bertujuan membantu komuniti disamping memperkukuhkan hubungan kami dengan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap.
Beliau berkata demikian pada program Majlis Sambutan Ulang Tahun Air Selangor ke-5 Bersama Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves di sini, hari ini.
[caption id="attachment_669165" align="aligncenter" width="814"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai Skim Air Darul Ehsan ketika majlis sambutan ulang tahun Air Selangor ke-5 bersama komuniti Dun Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 20 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Program berkenaan disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan) Dato’ Johary Anuar.
Dalam majlis sama, Air Selangor menyerahkan 300 kotak berisi barangan makanan keperluan asas kepada penduduk DUN Sungai Tua dan rumah kebajikan terpilih.
Inisiatif Box of Hope dilancar bertujuan untuk membantu komuniti B40 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan mengagihkan keperluan makanan asas.