ad
BERITA UTAMA

MBPJ, MPHS dinobat bandar paling mampan, MPAJ raih bandar paling bahagia

20 Okt 2024, 9:00 AM
MBPJ, MPHS dinobat bandar paling mampan, MPAJ raih bandar paling bahagia
MBPJ, MPHS dinobat bandar paling mampan, MPAJ raih bandar paling bahagia
MBPJ, MPHS dinobat bandar paling mampan, MPAJ raih bandar paling bahagia

AMPANG JAYA, 20 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerima anugerah Bandar Paling Mampan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia peringkat Selangor, hari ini.

Menerusi kemenangan itu, kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan membawa pulang wang tunai RM10,000, sijil penghargaan dan plak.

Bagi anugerah Bandar Paling Bahagia pula menjadi milik MBPJ, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000, sijil penghargaan dan plak.

[caption id="attachment_669098" align="aligncenter" width="776"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan Anugerah Bandar Paling bahagia kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang, Dr Ani Ahmad ketika Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Selangor 2024 di Laman Tekreasi Tasek tambahan Kg Tasek Tambahan Hulu Langat pada 20 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Upacara penyampaian anugerah disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selepas baginda berkenan merasmikan majlis sambutan berkenaan.

Terdahulu, ketibaan Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan beberapa barisan EXCO Selangor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Selangor Khairulzaman Ibrahim berkata semua PBT Selangor mencapai tahap mampan melebihi 80 peratus.

[caption id="attachment_669097" align="aligncenter" width="810"] Pengarah PLANMalaysia@Selangor Khairulzaman Ibrahim berucap di Program Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Selangor di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang Jaya pada 20 Oktober 224. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Anugerah Bandar Paling Mampan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri menghargai komitmen dan kesungguhan semua PBT dalam usaha mencapai kemampanan dalam melaksanakan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Penilaian dibuat melalui indeks Pelaksanaan Pengukuran Bandar Mampan (MURNINets) berdasarkan 51 indikator untuk mengukur tahap kemampanan sesebuah bandar di kawasan PBT tersebut,” katanya ketika berucap pada program yang berlangsung di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang di sini.

Bagi anugerah Bandar Paling Bahagia pula, Khairulzaman berkata kemenangan dinilai melalui kaji selidik dijalankan PBT untuk mengukur tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan mental dan fizikal.

“Penghargaan Bandar Paling Bahagia mula diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan PBT untuk meningkatkan lagi tahap kemampanan.

“Ketiga-tiga PBT menerima penghargaan hari ini mencapai tahap Bandar Bahagia pada skor 100 peratus,” jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.