ad
AGENSI

Tengku Permaisuri berkenan sempurnakan pelepasan peserta larian songket 4.0

20 Okt 2024, 3:00 AM
Tengku Permaisuri berkenan sempurnakan pelepasan peserta larian songket 4.0
Tengku Permaisuri berkenan sempurnakan pelepasan peserta larian songket 4.0

SHAH ALAM, 20 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berangkat menyempurnakan pelepasan peserta larian International Songket Run 4.0 di kampus Management and Science University (MSU) semalam.

Keberangkatan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid.

[caption id="attachment_669054" align="aligncenter" width="675"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat ke reruai pameran kucing, The Song-Cat Show. Foto Facebook Selangor Royal Office[/caption]

"Baginda juga berkenan melawat ke reruai pameran kucing, The Song-Cat Show, seterusnya menyempurnakan acara penutup," menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Seramai 6,600 peserta menyertai larian edisi 4.0 ini yang bertujuan memberikan pendedahan kepada warga MSU dan komuniti berkenaan kepentingan menghargai warisan songket dari aspek busana, kraftangan serta kebudayaan.

Acara larian merangkumi kategori 5 dan 10 kilometer bermula dari kampus MSU merentasi sekitar Seksyen 13 Shah Alam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.