ad
ADN

Teruskan tradisi, bawa kanak-kanak kurang bernasib baik beli pakaian sambut Deepavali

19 Okt 2024, 1:00 PM
Teruskan tradisi, bawa kanak-kanak kurang bernasib baik beli pakaian sambut Deepavali
Teruskan tradisi, bawa kanak-kanak kurang bernasib baik beli pakaian sambut Deepavali

SHAH ALAM, 19 OKT: Keceriaan jelas terpancar pada wajah 13 kanak-kanak yang kurang bernasib baik apabila mereka dibawa untuk membeli persiapan perayaan Deepavali di gedung pakaian di Rawang.

kelmarin.

Wakil rakyat Kuala Kubu Baharu (KKB) berkata penghuni rumah kebajikan Divine Life Society KKB itu diberi kebebasan memilih sendiri pakaian mengikut warna kegemaran masing-masing.

Menurutnya Pang Sock Tao, insiatif itu merupakan program tradisi yang diteruskan daripada mendiang Lee Kee Hiong yang juga penyokong kuat pertubuhan rumah kebajikan di KKB.

“Mendiang Kee Hiong merupakan penyokong kuat rumah kebajikan dan beliau sentiasa menghulurkan bantuan penting seperti makanan dan kewangan, terutamanya ketika pandemik.

“Jadi, sudah tiba masanya saya meneruskan legasinya melalui tindakan sebenar iaitu membantu dan berdiri bersama masyarakat di KKB,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_668998" align="aligncenter" width="814"] Wakil rakyat Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao bergambar bersama kanak-kanak dari pertubuhan kebajikan Divine Life Society selepas membeli kelengkapan perayaan Deepavali untuk mereka di Rawang pada 17 Oktober 2024. Foto Facebook Pang Sock Tao.[/caption]

Sock Tao berhasrat meneruskan program ini sebagai acara tahunan untuk setiap perayaan, bagi memastikan kanak-kanak kurang bernasib baik bergembira menyambut perayaan.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat menceriakan sambutan Deepavali mereka, dan perayaan ini dirai dengan penuh kasih sayang, kemesraan, dan kebersamaan,” katanya.

Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil KKB pada Mei lalu, susulan kematian penyandangnya Kee Hiong yang meninggal dunia akibat barah pada 21 Mac lalu.

Beliau memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi sekali gus mempertahankan DUN itu yang dimenangi DAP sejak Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.