ad
AGENDA

Subsidi warga tani bertambah, penyasaran RON95 bermula tengah 2025

19 Okt 2024, 10:30 AM
Subsidi warga tani bertambah, penyasaran RON95 bermula tengah 2025
Subsidi warga tani bertambah, penyasaran RON95 bermula tengah 2025

SHAH ALAM, 19 OKT: Perdana Menteri mengambil langkah berani mengumumkan penyasaran subsidi dalam Belanjawan 2025 yang dibentang di Dewan Rakyat, semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemberian subsidi tidak sewajarnya diambil manfaat oleh golongan kaya dan warga asing tatkala negara terhimpit dengan bebanan hutang dan asas hasil yang rendah.

Sehubungan itu, Anwar mengumumkan beberapa langkah penyasaran subsidi selain peningkatan pemberian subsidi kepada sektor pertanian khususnya pesawah dan nelayan.

Pemberian subsidi

  • RM2.78 bilion disediakan sebagai subsidi, bantuan dan insentif untuk pesawah dan nelayan, berbanding RM2.6 bilion tahun lalu
  • Kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan dinaikkan kepada RM84 ribu (Semenanjung) dan RM90 (Sabah dan Sarawak)

Penyasaran subsidi

[caption id="attachment_668582" align="aligncenter" width="812"] Tinjauan harga petrol dan Disel di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

  • Penyasaran subsidi petrol RON95 mulai pertengahan 2025, subsidi diteruskan untuk 85 peratus rakyat
  • Penyasaran subsidi pendidikan, kesihatan terhadap kumpulan berpendapatan 15 peratus teratas

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.