ad
AGENSI

Peruntukan buat Selangor: Projek tebatan bah, naik taraf jalan Pelabuhan Klang

19 Okt 2024, 2:10 AM
Peruntukan buat Selangor: Projek tebatan bah, naik taraf jalan Pelabuhan Klang
Peruntukan buat Selangor: Projek tebatan bah, naik taraf jalan Pelabuhan Klang
Peruntukan buat Selangor: Projek tebatan bah, naik taraf jalan Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 19 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membentangkan Belanjawan 2025 dengan peruntukan RM421 bilion bagi membawa ekonomi negara ke tahap lebih baik.

Bertemakan Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’, ia adalah belanjawan ketiga Kerajaan Madani untuk memperkasa agenda pembangunan negara dan membela kebajikan rakyat.

Belanjawan 2025 adalah yang terakhir bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Berikut antara diterima Selangor:

1. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat 2. Baru-baru ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor memaklumkan kerajaan persekutuan memperuntuk RM1.69 bilion untuk melaksanakan lima Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi di Klang, Petaling dan Sepang.

2. Sungai Damansara akan terlibat dalam 12 projek RTB melibatkan kos RM3 bilion. Setakat ini kerajaan berjaya menyiapkan lapan projek RTB bernilai RM540 juta.

[caption id="attachment_665306" align="aligncenter" width="721"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (empat, kiri) dalam Majlis Pecah Tanah Westports 2 di kawasan Terminal CT9, Pelabuhan Klang pada 27 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

3. Sebanyak RM107 juga diperuntuk bagi membina dan menaik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang. Bulan lalu, Anwar berkata akan menyokong pembangunan kawasan berkenaan bagi memastikan Pelabuhan Klang khasnya Pelabuhan Barat menduduki lima teratas dunia.

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra (2), di Hulu Langat akan dibina tahun depan bersekali 43 sekolah baharu di seluruh negara

[caption id="attachment_606098" align="aligncenter" width="727"] Pemandangan sawah padi di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak ketika tinjauan pada 27 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

5. Projek rintis memperoleh baja termasuk jenis organik di Sekinchan, Sabak Bernam. Ia susulan kejayaan pengurusan kawasan berkenaan yang berjaya menghasilkan padi sehingga 12 tan sehektar.

6. RM20 juta untuk memperkasa ekosistem e-sukan meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan. Baru-baru ini Selangor Red Giants telah bergelar juara dunia bagi e-Sports World Cup.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.