SHAH ALAM, 18 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan pendirian tidak mengambil gaji sejak dilantik sebagai perdana menteri pada November 2022.
Dalam pembentangan belanjawan 2025 hari ini, beliau berkata barisan menteri serta lantikan politik juga kekal membuat pemotongan gaji sebanyak 20 peratus.
Beliau turut keprihatinan ketua setiausaha negara dan ketua pengarah perkhidmatan awam yang
menyumbang balik pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus.
"Atas kepimpinan mereka, barisan pengurusan tertinggi gred utama Turus menunjukkan teladan dan
sukarela memilih menyumbang balik pelarasan bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)," katanya.
Anwar yang juga menteri kewangan menambah pelarasan pencen juga akan dibuat berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara, termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).