ad
AGENDA

Perang ke atas gula, duti eksais naik berfasa 40 sen seliter

18 Okt 2024, 12:11 PM
Perang ke atas gula, duti eksais naik berfasa 40 sen seliter

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara

berfasa sebanyak 40 sen seliter, mulai 1 Januari tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu bagi menangani masalah obesiti berikutan gula salah satu musuh utama penyakit tidak berjangkit.

Menurutnya, tambahan hasil yang diraih akan digunakan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam seperti penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi rawatan diabetes.

"(Ia juga bagi) penyediaan rawatan dialisis peritoneal untuk lebih banyak pesakit buah pinggang tahap akhir selain Felda yang turut menambah baik pusat dialisis mereka," katanya.

Bercakap dalam pembentangan belanjawan 2025 hari ini, beliau menambah kerajaan turut memperuntuk RM27 juta bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah termasuk penganjuran Hari Sukan Negara.

Turut dicadang, jelas Anwar, skop pelepasan cukai pendapatan individu diperluas ke atas ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.