ad
AGENDA

Geran RM50 juta bantu usahawan beralih ke digitalisasi

18 Okt 2024, 12:02 PM
Geran RM50 juta bantu usahawan beralih ke digitalisasi

SHAH ALAM, 18 OKT: Sebanyak RM50 juta diperuntuk kepada Geran Padanan Digital Madani (GPDM) Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan Geran Digital Penjaja di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk usahawan tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dana bagi meningkatkan kapasiti perniagaan PMKS dengan beralih ke arah pendigitalan dan kekal berdaya saing dalam pasaran.

“RM100 juta disediakan untuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tempoh lima tahun bagi memperkasa fungsi Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara.

“Ia sebagai platform komuniti meningkatkan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dalam talian,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 hari ini.

GPDM adalah program geran padanan yang diperkenalkan Kementerian Kewangan (MoF) melalui Belanjawan 2023 dengan suntikan dana RM100 juta.

Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk memberi sokongan kepada PMKS serta penjaja kecil dalam meningkatkan penggunaan digital dalam operasi perniagaan harian mereka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.