ad
AGENDA

Pasukan khas dibentuk kaji undang-undang lapuk

18 Okt 2024, 9:53 AM
Pasukan khas dibentuk kaji undang-undang lapuk

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan bakal membentuk Pasukan Reformasi Perundangan bagi mengkaji dan meneliti semula undang-undang lapuk.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lebih 3,000 undang-undang lapuk perlu dikaji semula bagi memastikan ia kekal relevan mengikut peredaran masa.

“Pasukan ini bagi menerajui pengemaskinian khususnya undang-undang komersial seperti Akta Kontrak 1950 supaya seiring peredaran zaman,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata rata-rata undang-undang di negara ini dirangka sebelum zaman kemerdekaan dan dilihat tidak lagi menepati keperluan masa kini.

Perdana menteri juga berkata Peruntukan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang juga dinaikkan kepada RM209 juta ketimbang RM194 juta sesuai dengan komitmen reformasi perundangan dan institusi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.