ad
BERITA UTAMA

Negeri aktifkan bilik gerakan 24 jam pantau bah, air pasang besar

18 Okt 2024, 1:00 AM
Negeri aktifkan bilik gerakan 24 jam pantau bah, air pasang besar

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan Negeri mengaktifkan bilik gerakan 24 jam di seluruh daerah untuk memantau kawasan titik panas banjir dan fenomena air pasang besar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ia bagi membolehkan tindakan diambil segera oleh bilik gerakan bencana negeri jika berlaku banjir.

Menurutnya, benteng (ban) sementara turut dibina di beberapa lokasi kritikal sebagai persediaan menghadapi fenomena air pasang besar yang bermula semalam hingga Ahad ini.

“Beberapa ban sementara sedang dalam proses pembinaan susulan keputusan dibuat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor bulan lepas,” katanya baru-baru ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac 2025, dengan ramalan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu.

Selangor juga berdepan fenomena air pasang besar hari ini, tertinggi bagi tahun ini dengan jangkaan bacaan paras air laut 5.8 meter.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.