ad
ADN

Kerajaan Persekutuan peruntuk RM100 juta atasi banjir Sri Muda

17 Okt 2024, 2:00 PM
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM100 juta atasi banjir Sri Muda

OLEH DEWI ABDUL RAHMAN

SHAH ALAM, 17 OKT: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk melaksanakan pelan mitigasi banjir di kawasan Sri Muda, Shah Alam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning Preakas Sampunathan berkata projek yang dibina bagi tujuan kawalan bah itu dijangka siap pada 2029.

"Kita perlukan satu rekaan lepas itu kita akan bina. Saya diberitahu projek itu akan siap pada Januari 2029, secara keseluruhan Sri Muda akan ambil semua faktor dan pastikan tiada banjir akan berlaku," katanya.

Bercakap pada program Apa Cer YB Musim 2 yang disiarkan menerusi Tik Tok SelangorTV, Preakas berkata kontraktor telah dilantik dan kini dalam peringkat kajian reka bentuk pelan mitigasi.

Menurut Preakas usaha lain dijalankan adalah pembinaan Rumah Pam Taman Sri Muda yang beroperasi sepenuhnya Ogos lalu, dengan penambahan tiga unit pam skru bagi mengurangkan risiko banjir besar.

Tambah beliau, pihaknya juga kerap memantau kawasan selain melaksanakan kerja gotong-royong bagi memastikan tiada longkang tersumbat dengan sampah yang boleh menyumbang kepada banjir kilat.

Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, merupakan antara lokasi yang terjejas teruk akibat banjir besar pada Disember 2021 lepas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.