SHAH ALAM, 17 OKT: Orang ramai dijemput memeriahkan Konsert Rentak Selangor 2024 pada 27 Oktober ini.
Konsert bermula jam 8 malam itu diadakan di Auditorium MBSA, di sini.
Konsert itu menampilkan artis seperti Jamal Abdillah, Samudera dan Francissca Peter.
“Jom ramai-ramai memeriahkan Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 8 malam, 27 Oktober ni. Masuk adalah percuma,” katanya.
Selain itu pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, kedai peralatan muzik vintage serta kedai runcit era 80-an.