ad
AGENSI

Pustaka Raja Tun Uda tersenarai dalam 10 perpustakaan tercantik di Asia

17 Okt 2024, 5:00 AM
Pustaka Raja Tun Uda tersenarai dalam 10 perpustakaan tercantik di Asia
Pustaka Raja Tun Uda tersenarai dalam 10 perpustakaan tercantik di Asia
Pustaka Raja Tun Uda tersenarai dalam 10 perpustakaan tercantik di Asia

SHAH ALAM, 17 OKT: Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, di sini tersenarai dalam 10 perpustakaan tercantik di Asia, menurut kaji selidik SeaAsia Stats.

Perpustakaan negeri yang dirasmikan pada 2011 menduduki tangga ke-10, menjadi satu-satunya perpustakaan dari Malaysia dalam senarai berkenaan.

Kajian yang disiarkan menerusi laman sosial rasmi SeaAsia Stats mengiktiraf Perpustakaan Rotunda, Singapura di tempat pertama, diikuti Perpustakaan Negara Indonesia dan Perpustakaan Starfield Seoul di tempat ketiga.

Pustaka Raja Tun Uda setinggi enam tingkat dengan keluasan 203,600 kaki per segi dibina dengan konsep kepelbagaian warna dan reka bentuk kontemporari.

Perpustakaan kendalian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu memiliki lebih 400,000 naskhah buku dan mampu memuatkan sehingga 8,000 pengunjung dalam satu masa.

Pembinaan Pustaka Raja Tun Uda di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah merupakan ilham Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang mahu sebuah perpustakaan berkonsepkan dalam taman.

[caption id="attachment_667000" align="aligncenter" width="718"] Bangunan Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 7 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.