ad
AGENDA

MB: JPS letak guni pasir, elak ban penahan pecah susulan air pasang besar

17 Okt 2024, 2:38 AM
MB: JPS letak guni pasir, elak ban penahan pecah susulan air pasang besar
MB: JPS letak guni pasir, elak ban penahan pecah susulan air pasang besar

SHAH ALAM, 17 OKT: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meletakkan guni pasir bagi mengukuhkan ban penahan di pesisir pantai susulan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jabatan turut melakukan rondaan berkala bagi memastikan ban kukuh dan tidak pecah, sekali gus mengelakkan air laut naik ke darat.

“Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Neger telah melakukan mesyuarat koordinasi dan penyelarasan bagi persiapan menghadapi fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut.

“Semua jawatankuasa pengurusan bencana daerah, agensi serta pasukan keselamatan diarah bersiap siaga. Insya-Allah segala urusan kita dipermudah dan Selangor dilindungi dari sebarang bencana,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_668525" align="aligncenter" width="815"] Keadaan sekitar Jeti Pulau Ketam berikutan fenomena air pasang besar yang mengakibatkan banjir sewaktu tinjauan pada 17 Oktober 2024. Tiga lokasi utama di Pelabuhan Klang berisiko banjir akibat fenomena air pasang ekstrem yang dijangka berlaku dari 17 hingga 20 Oktober. ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Minggu lalu, EXCO infrastruktur mengingatkan penduduk yang tinggal berhampiran pantai supaya berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

Ir Izham Hashim berkata bacaan paras air laut dijangka mencecah ketinggian sehingga 5.8 meter pada esok manakala 19 dan 20 Oktober, masing-masing di paras 5.7 dan 5.5 meter.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.