ad
AGENDA

Air pasang besar mulai hari ini, penduduk dinasihat berwaspada

17 Okt 2024, 12:03 AM
Air pasang besar mulai hari ini, penduduk dinasihat berwaspada
Air pasang besar mulai hari ini, penduduk dinasihat berwaspada

SHAH ALAM, 17 OKT: Penduduk di kawasan berhampiran pantai di Selangor dinasihat waspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku hari ini hingga Ahad.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata bacaan paras air laut dijangka mencecah ketinggian 5.8 meter pada 18 Oktober.

“Pada 17 Oktober dijangka paras air adalah 5.7 meter sementara 19 dan 20 Oktober masing-masing 5.7 dan 5.5 meter.

“Empat hari ini untuk bulan Oktober memang serius. Bulan November pun ada nanti saya akan maklumkan kemudian,” katanya baru-baru ini.

Susulan itu, Izham berkata Kerajaan Negeri mengambil langkah sementara dengan menyediakan beg pasir di kawasan pantai yang sedang terlibat pembinaan ban.

“Langkah sementara ini dicadangkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tempoh empat hari fenomena air passang besar berlaku.

“Kita juga akan tengok apa lagi kaedah yang boleh pakai di kawasan- kawasan yang sedang dalam pembinaan ini,” katanya.

[caption id="attachment_666029" align="alignnone" width="845"] Jadual air pasang besar bagi Oktober 2024. Foto Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.