ad
AGENDA

Ibu, anak parah dihempap pokok sawit tumbang

16 Okt 2024, 3:48 PM
Ibu, anak parah dihempap pokok sawit tumbang

KUANTAN, 16 OKT: Ibu dan anak parah apabila motosikal ditunggang mereka dihempap sebatang pokok sawit yang tumbang di Kilometer 23 Jalan Lipis-Benta, Kuala Lipis semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Ismail Man berkata dalam nahas kira-kira 1 tengah hari itu, penunggang motosikal S Dhanalekchumi, 37, dari Taman Teratai, Benta cedera di leher.

Beliau berkata anak wanita itu K Tanushrou, 7, parah di kepala dan dada akibat kemalangan yang berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah.

“Apabila sampai di tempat kejadian, cuaca buruk dengan angin kencang, sebelum tiba-tiba sebatang pokok sawit di lereng bukit tumbang lalu menghempap kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lipis dan individu yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di talian 09-3121999.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.