KUALA LUMPUR, 16 OKT: Sidang Kemuncak Niaga Selangor (SIBS) yang berlangsung ketika ini membuka peluang kepada perusahaan makanan tradisi Indonesia mengembangkan produk ke Malaysia.
Wakil Pavilion Sumatera Barat berkata pihaknya teruja dengan tawaran berkenaan memandangkan ia dapat mengetengahkan lagi produk sekali gus mampu membantu penduduk negara itu menjana pendapatan.
“Ini satu peluang yang tak akan dilepaskan. Mereka beri tawaran untuk memasarkan produk tradisi kami antaranya rendang, rempeyek, kipang serta lain-lain.
[caption id="attachment_668483" align="alignleft" width="332"] Ikbal Maulana. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Selepas ini mungkin boleh pasarkan lebih banyak. Kami sertai SIBS ini selepas penyertaan di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) bulan lalu mendapat sambutan menggalakkan,” kata Ikbal Maulana ditemui di Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) sempena penganjuran SIBS siri dua 2024.
Wakil syarikat minyak wangi tempatan, FUSE Kuala Lumpur berkata sidang bertaraf antarabangsa itu menjadi platform untuk usahawan tempatan mengetengahkan produk masing-masing.
Aiman Zaki Dzulekfly berkata peluang berkenaan perlu dimanfaatkan kerana banyak produk dihasilkan di negara ini mempunyai kualiti setanding luar negara.
“Begitu juga dengan produk kami yang mempunyai beberapa jenis wangian. Produk kami juga mendapat permintaan dari luar negara antaranya London, Turki, Dubai. Jadi SIBS menjadi peluang untuk usahawan mempromosi produk,” katanya.
[caption id="attachment_668484" align="alignright" width="343"] Aiman Zaki Dzulkefly. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Sementara itu jurucakap produk penjagaan rambut Candyta Beaute di Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) yang menjadi acara dalam SIBS berkata sidang ketiga itu memberi kesedaran tinggi tentang kepentingan sijil halal.
“Selalunya orang anggap halal hanya berkait dengan makanan, minuman sedangkan banyak produk yang perlukan sijil ini. Sekarang ramai cari produk halal terutama umat Islam.
“Proses mendapatkan sijil agak sukar tetapi apaabila sudah ada, banyak manfaatnya termasuk mampu tembusi pasaran global. Ini menguntungkan peniaga,” kata Syafiq Baharin.
[caption id="attachment_668485" align="alignleft" width="318"] Syafiq Baharin. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Selain Ekspo Antarabangsa Selangor dan Selhac, sidang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dekat sini turut merangkumi Konvensyen Sains Hayat Selangor (SLC) serta Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC).
[caption id="attachment_668487" align="aligncenter" width="1080"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari hadir majlis perasmian Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_668488" align="aligncenter" width="972"] Penuntut Universiti Malaya hadir dalam Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_668489" align="aligncenter" width="1431"] Orang ramai menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]