ad
AGENSI

LZS: Kutipan zakat cecah hampir RM750 juta setakat September

16 Okt 2024, 7:00 AM
LZS: Kutipan zakat cecah hampir RM750 juta setakat September
LZS: Kutipan zakat cecah hampir RM750 juta setakat September

SHAH ALAM, 16 OKT: Kutipan keseluruhan zakat mencecah hampir RM750 juta setakat September, maklum ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata jumlah kutipan berkenaan menyaksikan peningkatan lima peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kita harap dengan peningkatan komitmen serta kesedaran pembayar lama dan baru menunaikan tanggungjawab, LZS sasarkan jumlah kutipan lebih dari tahun lepas.

“Insya-Allah kita sasarkan untuk capai kutipan yang lebih tinggi biasanya pada Disember menerusi usaha dakwah berterusan. Kita harapkan lebih ramai individu atau syarikat tampil bagi pembayaran zakat pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis serahan zakat perniagaan oleh Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini.

[caption id="attachment_668390" align="aligncenter" width="812"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan RM3.9 juta daripada Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 16 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mohd Sabirin turut mengalu-alukan orang ramai untuk menunaikan tanggungjawab rukun Islam keempat iaitu berzakat bagi membantu lebih ramai golongan asnaf, fakir dan miskin.

Majlis Agama Islam Selangor menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan LZS sebelum ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.