ad
AGENDA

Ringan beban mangsa tanah runtuh, Selangor hulur bantuan wang tunai

16 Okt 2024, 2:52 AM
Ringan beban mangsa tanah runtuh, Selangor hulur bantuan wang tunai
Ringan beban mangsa tanah runtuh, Selangor hulur bantuan wang tunai
Ringan beban mangsa tanah runtuh, Selangor hulur bantuan wang tunai
Ringan beban mangsa tanah runtuh, Selangor hulur bantuan wang tunai

AMPANG JAYA, 16 OKT: Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan wang tunai kepada tujuh keluarga yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati, di sini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shaari berkata setiap keluarga menerima bantuan RM500, dana dari Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

“Pusat Parlimen Gombak dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang akan menyelia bantuan tambahan lain seperti keperluan asas yang diperlukan.

“Seramai 23 mangsa dari tujuh keluarga ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Jalan E5 selebihnya memilih untuk tinggal bersama keluarga lain,” katanya.

[caption id="attachment_668346" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat pelan kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya pada 16 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bercakap kepada pemberita selepas membuat tinjauan di kawasan kejadian hari ini, Amirudin berkata sistem saliran tersumbat dengan batu dan tanah menjadi punca tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Beliau menambah, Majlis Perbandaran Ampang Jaya membuat serahan notis kepada pemilik tanah untuk menyelenggara longkang bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Tanah ini milik persendirian dan tiada pembangunan dibuat. Tujuh rumah berisiko dan semua penduduk terlibat diminta mengosongkan kediaman dan berpindah atas faktor keselamatan

“Kawasan akan ditutup sementara hingga siasatan Jabatan Mineral dan Geosains selesai dan mengeluarkan laporan tanah kukuh dan selamat,” katanya.

[caption id="attachment_668348" align="aligncenter" width="809"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari meninjau keadaan tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya pada 16 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Semalam, kejadian tanah runtuh berlaku pada jam 10.30 pagi dilaporkan berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

[caption id="attachment_668345" align="aligncenter" width="938"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari melawat mangsa tanah runtuh di Taman Melawati, Ampang Jaya pada 16 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.