SHAH ALAM, 15 OKT: Seramai 526 dari 558 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings (GISBH) mengaku mempunyai ibu atau bapa, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Nancy Shukri berkata hasil profiling awal yang dijalankan pasukan khas terhadap mereka mendapati 32 kanak-kanak tiada ibu bapa atau mempunyai maklumat berhubung perkara itu.
Beliau memberitahu, hasil penilaian fizikal pula, 51.6 peratus kanak-kanak berkenaan mencatatkan berat badan bawah paras BMI sihat, 2.7 peratus obesiti manakala 46.1 peratus memiliki berat badan normal.
“Tiga orang mempunyai kad orang kelainan upaya (OKU) dan 27 daripadanya mempunyai simptom OKU.
[caption id="attachment_567937" align="alignleft" width="376"] Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pada 22 Februari 2023. Foto BERNAMA[/caption]
“30 orang daripada 385 kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas dikesan mengalami masalah kecelaruan kognitif (kelemahan berfikir dan memahami) tahap teruk manakala 48 pada tahap sederhana,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Nancy berkata separuh daripada kanak-kanak berkenaan mengaku pernah bersekolah sama ada sekolah kebangsaan atau aliran agam milik kerajaaan.
“Mereka juga mengaku bersekolah di sekolah agama atau pusat dikendalikan kumpulan GISBH atau tempat mereka tinggal,” katanya.
Terdahulu, Nancy memaklumkan setakat semalam, seramai 560 orang kanak-kanak melibatkan 283 lelaki dan 277 kanak-kanak perempuan dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat atas perintah mahkamah.