ad
AGENSI

Rumah anak yatim diseru daftar dengan agensi bertanggungjawab, lebih selamat, telus

15 Okt 2024, 1:03 PM
Rumah anak yatim diseru daftar dengan agensi bertanggungjawab, lebih selamat, telus
Rumah anak yatim diseru daftar dengan agensi bertanggungjawab, lebih selamat, telus
Rumah anak yatim diseru daftar dengan agensi bertanggungjawab, lebih selamat, telus

SHAH ALAM, 15 OKT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyeru semua premis rumah kebajikan anak yatim di Selangor berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkenaan.

Pengerusinya Tan Sri Mazlan Mansor berkata 31 rumah kebajikan anak yatim telah berdaftar bawah Yide sekali gus menjamin pengurusan yang lebih telus dan selamat.

“Semua rumah anak yatim perlu dikawal selia dengan baik. Saya khuatir ada juga yang tidak daftar langsung dengan JKM. Saya saran cepatlah daftar. Saya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.

[caption id="attachment_668289" align="alignleft" width="375"] Pengerusi Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Tan Sri Mazlan Mansor bercakap kepada media selepas majlis penutup program kesedaran pemerkasaan tadbir urus dan integriti rumah kebajikan anak yatim di Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 15 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ada 41 rumah anak yatim di Selangor, yang berdaftar dengan Yide hanya ada 31 premis. Apa yang saya bimbang, kalau dapat sumbangan daripada orang ramai, jadi (mereka) tidak ada audit,” katanya.

Beliau ditemui pada program kesedaran pemerkasaan tadbir urus dan integriti rumah anak yatim bawah Yide bersama agensi penguat kuasa di Pustaka Raja Tun Uda di sini, hari ini.

Program dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan JKM itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Dalam program itu, penyelia rumah kebajikan anak yatim didedahkan dengan aspek integriti dan tadbir urus yang baik bagi memastikan setiap premis mematuhi piawaian tertinggi dan bersifat telus.

Peserta turut menandatangani Aku Janji Bebas Rasuah selain menyertai bacaan ikrar bebas rasuah sebagai simbolik kepada usaha mencegah amalan rasuah dan salah guna kuasa.

[caption id="attachment_668292" align="aligncenter" width="1242"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (duduk, tiga kiri) ketika majlis penutup program kesedaran pemerkasaan tadbir urus dan integriti rumah kebajikan anak yatim di Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 15 Oktober 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.