ad
BERITA UTAMA

Tourism Selangor, Litar Antarabangsa Petronas Sepang jalin kerjasama promosi TMS2025

15 Okt 2024, 10:11 AM
Tourism Selangor, Litar Antarabangsa Petronas Sepang jalin kerjasama promosi TMS2025
Tourism Selangor, Litar Antarabangsa Petronas Sepang jalin kerjasama promosi TMS2025
Tourism Selangor, Litar Antarabangsa Petronas Sepang jalin kerjasama promosi TMS2025

SEPANG, 15 OKT: Tourism Selangor menjalin kerjasama strategik dengan Litar Antarabangsa Petronas Sepang bagi mempromosi kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025) dalam acara Petronas Grand Prix of Malaysia (MotoGP 2025), dari 1 hingga 3 November depan.

EXCO pelancongan berkata kerjasama itu adalah untuk membuat hebahan awal mengenai promosi kempen TMS2025 kepada 200,000 pengunjung dalam dan luar negara sepanjang acara permotoran itu.

“Ia untuk memastikan sasaran Kerajaan Negeri menerima lapan juta kedatangan pelancong sempena TMS2025 tercapai.

“Acara ini juga dijangka bakal menyumbang kepada sasaran RM11.2 bilion resit pelancongan pada 2025, yang sememangnya membantu dalam melonjakkan ekonomi Selangor,” kata Dato’ Ng Suee Lim.

Beliau berkata demikian pada sidang media promosi Tahun Melawat Selangor 2025 sempena kejohanan MotoGP2025 di pusat media Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

[caption id="attachment_668265" align="aligncenter" width="1121"] EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Petronas Sepang Azhan Shahfriman Hanif (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad selepas sidang media promosi Tahun Melawat Selangor 2025 sempena kejohanan MotoGP2025 di pusat media Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 15 Oktober 2024. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada masa sama, Suee Lim memaklumkan Tourism Selangor akan menyediakan pelbagai maklumat dan promosi tarikan pelancongan negeri buat pengunjung melalui pameran pada acara itu.

Menurutnya, pameran pelancongan ekstrem akan mempromosi aktiviti Paragliding Jugra oleh Persatuan Luncur Udara Malaysia, White Water Rafting oleh Project Outdoor dan kayak Hikers Climbers.

“Selain itu, persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan ketika perasmian pelepasan MotoGP 2024.

“Usahawan Platform Selangor (PLATS) di bawah kelolaan Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membuka pameran menjual makanan tempatan seperti sate, punten, rojak dan kuih-muih,” kongsinya.

[caption id="attachment_468016" align="aligncenter" width="1165"] Litar Antarabangsa Petronas Sepang. Foto Facebook Sepang Circuit[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.