ad
AGENDA

Budak rumah amal GISBH dalam jagaan sementara JKM, ikut modul khas

15 Okt 2024, 8:08 AM
Budak rumah amal GISBH dalam jagaan sementara JKM, ikut modul khas
Budak rumah amal GISBH dalam jagaan sementara JKM, ikut modul khas

SHAH ALAM, 15 OKT: Kanak-kanak yang yang diselamatkan dalam Op Global susulan pembongkaran kegiatan GISB Holdings (GISBH) berada dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata perintah mahkamah itu menjadi cabaran besar berikutan jumlah yang ramai, namun agensi menjalankan tanggungjawab dengan profesional.

Nancy Shukri menjelaskan JKM juga mengambil langkah tertentu antaranya menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan pembelajaran modul khas bermula 1 Oktober.

“Kementerian juga menjalin kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Selangor bagi pembelajaran modul kerohanian bermula tarikh sama.

“Modul ini diubah suai mengikut peringkat umur kanak-kanak dan disampaikan melalui kelas agama yang diadakan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

[caption id="attachment_664592" align="aligncenter" width="767"] Anggota polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) merampas barangan perhiasan, termasuk buku-buku ajaran sesat dan dokumen berkaitan GISB Holdings (GISBH), dalam serbuan di tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji, Kota Bharu pada 21 September 2024. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau berkata kerjasama berkenaan akan diteroka bersama majlis agama negeri-negeri berkaitan selain menghargai peruntukan khas oleh kerajaan untuk menampung keperluan kanak-kanak tersebut.

Bulan lalu, polis dan pihak berkuasa agama membongkar kegiatan kumpulan GISBH di seluruh negara, termasuk menahan pimpinan utamanya selain 108 ahli di negeri ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memaklumkan ahli GISBH dan rangkaiannya masih mengamalkan Aurad Muhammadiah atau zikir agung dibawa al-Arqam yang diharamkan pada era 1990-an.

Jelasnya, fahaman dan amalan GISBH mempuyai ciri-ciri menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pegangan Ahli Sunah Waljamaah daripada aspek akidah dan syariat.

Jabatan Agama Islam Selangor turut mendedahkan ajaran menyimpang kumpulan berkenaan antaranya pemujaan berlebihan terhadap pemimpin, amalan poligami dan unsur syirik diwarisi al-Arqam.

Turut dikesan ialah kepercayaan kepada kebangkitan semula pemimpin al-Arqam yang meninggal dunia dan penyelewengan apabila mempercayai kebangkitan Imam Mahdi yang dikaitkan dengan gerakan itu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.