ad
BERITA UTAMA

Elak bah: Selangor peruntuk RM5 juta senggara longkang tidak bertuan

15 Okt 2024, 1:00 AM
Elak bah: Selangor peruntuk RM5 juta senggara longkang tidak bertuan
Elak bah: Selangor peruntuk RM5 juta senggara longkang tidak bertuan
Elak bah: Selangor peruntuk RM5 juta senggara longkang tidak bertuan

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Negeri memperuntuk RM5 juta bagi menyenggara parit dan longkang tidak bertuan di seluruh Selangor bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

EXCO infrastruktur berkata kerja pembersihan melibatkan saliran sepanjang lebih 300 km yang dijalankan menerusi dua fasa dengan setiap fasa menerima peruntukan RM2.5 juta.

[caption id="attachment_662686" align="aligncenter" width="703"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim ketika sidang media pelancaran Jetpatcher Infrasel di Dataran Pahlawan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 10 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

"Fasa satu akan dijalankan minggu ini sementara fasa dua dijangka bermula minggu pertama November bagi menghadapi monsun.

" Untuk jangka panjang longkang ini akan dicari tuan untuk diserahkan sama ada Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan atau pejabat daerah," kata Ir Izham Hashim.

Beliau berkata demikian pada sidang media penyelarasan menghadapi banjir di bangunan pentadbiran negeri, baru-baru ini.

Sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac 2025, dengan ramalan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu.

Selangor juga berdepan fenomena air pasang besar tertinggi tahun ini pada 18 Oktober depan, dengan jangkaan bacaan paras air laut 5.8 meter.

[caption id="attachment_666029" align="aligncenter" width="694"] Jadual air pasang besar bagi Oktober 2024. Foto Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.