ad
AGENSI

LZS turun padang jejak asnaf, daftar 60 individu di Seri Kembangan

14 Okt 2024, 12:30 PM
LZS turun padang jejak asnaf, daftar 60 individu di Seri Kembangan
LZS turun padang jejak asnaf, daftar 60 individu di Seri Kembangan

SHAH ALAM, 14 OKT: Seramai 60 orang dikenal pasti layak menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) susulan program turun padang ke Seri Kembangan semalam.

Program kelolaan Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) Petaling dengan kerjasama wakil penduduk bertujuan menjejaki seberapa ramai asnaf fakir miskin yang baru untuk dibantu.

"Kami bersama penolong amil kariah dengan kerjasama pihak sekolah telah menyantuni seramai 160 prospek asnaf baru yang hadir.

[caption id="attachment_668124" align="alignleft" width="468"] Saringan kesihatan percuma buat prospek asnaf yang hadir. Foto Facebook LZS[/caption]

“Hasil daripada program ini, seramai hampir 60 orang pemohon baru layak didaftarkan sebagai asnaf fakir miskin," tulisnya di Facebook.

Turut diadakan dalam program berkenaan ialah saringan kesihatan secara percuma untuk asnaf yang hadir, dalam usaha untuk memastikan aspek sosial, iaitu kesihatan dan kesejahteraan asnaf.

"Kami akan terus komited dalam menyantuni insan yang memerlukan. Semakan dari semasa ke semasa akan dijalankan dengan kerjasama semua pihak," katanya.

Pada 22 Ogos lalu, Dato’ Menteri Besar berkata seramai 600 keluarga berjaya keluar daripada senarai asnaf antara Januari hingga Jun lalu dan tidak lagi memerlukan bantuan LZS.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, agensi itu turut memperuntuk RM69.3 juta tahun lalu menerusi program Zakat Selangor Peduli yang menyediakan 19 inisiatif bantuan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.