ad
AGENDA

Jasin kembali banjir, 275 mangsa dipindah ke lima pusat pemindahan

14 Okt 2024, 6:39 AM
Jasin kembali banjir, 275 mangsa dipindah ke lima pusat pemindahan

MELAKA, 14 OKT: Daerah Jasin kembali terjejas banjir dengan 275 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua PPS itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat, SK Tedong, SK Merlimau dan SMK Dato Abdul Rahman Ya'kob.

"Kesemua PPS itu mula dibuka pada 8 dan 9.15 pagi tadi dengan menempatkan penduduk dari Kampung Kilang Berapi dan Lubok Buaya.

"Banjir berlaku susulan hujan lebat pada awal pagi tadi," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.